ASSALAMUALAIKUM.
Sekalung penghargaan aku berikan
Kepada? Entah
Tiada seorang insan yang bertuah
Mahupun malang
Secara tidak langsung dan tidak sengaja
Hati aku cair dan luluh
Terhadap ini laman
Mungkin aku sudah tidak tahan
Untuk menyimpan semua
Maka aku butuh suatu sisi atau sudut
Untuk berkongsi dan bercerita
Segalanya
Tiada sebuah tempat di dalam dunia ini
Tiada seringan benda di dalam dunia ini
Tiada semurni insan di dalam dunia ini
Yang dapat memahami, mendengar, menghayati
Tentang keseluruhan diri kita semampat mampatnya
Timbulnya laman ini. Tahniah aku ucapkan
Kerana berjaya menggoda memikat aku
Untuk berkecimpung dalam kerjaya ini
Yang bakal menulis setiap perkara
Setiap sudut penceritaan
Hal hal duniawi.
Terima kasih.