Sunday


BANGKIT.


Kekalahan bukan tanda menyerah
Kemenangan bukan berarti kehebatan

Kualiti yang engkau pijak
Hebat terundur
Yang lesu lemau ke atas umpama roket
Yang diagungkan menjadi harapan
Untuk mengharumkan seni
Malah bukan, sebaliknya

Adat pertandingan
Jika ia ke pihak pengundian
Justeru harus terima

Jari jemari manusia yang menentu
Tidak sedar dan lalai kadangkala
Mungkin ramai yang terlalu yakin
Keputusan? Amat amat dan amat mengejutkan!

Perjuangan harus berterusan
Berhenti sama sekali jangan!
Rezeki ada dimana dimana kan?
Berusaha itu penting didahulukan

Wah berpantun tidak langsung, hebat.

Bakat yang engkau punya
Harta dan aset kekal
Tidak akan cair jika engkau mahir cekal menggunakannya
Dengan pejalnya
Tatkala engkau berjaya

Dunia dunia
Ada hikmahnya
Ketentuan sudah tertulis
Carta manusia, perihal manusia
Suku kering, lebih isi, semuanya dicengkam Maha Esa

Saat ini, sekarang, hadapan, seterusnya.

Semoga Berjaya :)