KATA SEMATA MATA.
Jelas kelihatan
Nyata dipandang
Apa saja perbuatan
Apa saja kelakuan
Apa saja perwatakan
Akan ku sedari
Kerana aku amat bercinta dengan sikap aku
Iaitu memerhati
Ya benar, aku seorang yang memerhati
Setiap watak dan sikap sesiapa sahaja
Tidak kira walaupun aku berkawan rapat
Mahupun tidak rapat, begitu
Ya benar, aku seorang yang cinta akan mengkaji sesiapa sahaja
Peribadi seseorang, tingkah laku seseorang, baik dan buruk seseorang,
Kehidupan seseorang, kelebihan dan kekurangan seseorang
Itu perkara yang dikaji diperhati yang aku suka pelajari
Untuk menilik seseiapa pun
Tidak semua perlu diceritakan
Tidak semua perlu digosipkan
Tidak semua perlu dihebohkan
Tidak semua perlu diwar-warkan
Tidak semua perlu dikongsikan
Tidak semua perlu dikatakan
Tidak semua perlu diungkapkan
Tidak semua perlu diucapkan
Kepada orang lain, orang luar, teman rapat, ibu bapa, saudara mara
Akan tetapi, aku lebih memilih untuk menyimpan
Aku lebih suka untuk bercerita dengan diri sendiri
Justeru itu, berhati hati
Kerana sesiapa saja yang melekat
Di ingatan juga fikiranku
Mungkin anda yang bertuah
Jikalau buruk atau negatif akanku lihat atau perasan
Malah baik atau positif akanku simpan menjadi isi isi untuk dipuji