Wednesday


BIJAK LAGU SEKARANG?

Lagu dicipta oleh manusia
Khas buat penyanyi satu dunia
Melodi, lirik, alunan, suara
Tutur kata, petikan bermakna
Itu dunia seni sementara

Bijak lagu sekarang? Kenapakah?
Maklum tanpa sedar
Apabila kita sedih, gumbira,
Terlalu berjaya, jatuh
Amat senang, susah
Semua ada dalam pelbagai lagu yang direka
Benar, lagu direka semata
Akan itu, manusia menciptanya
Berdasarkan pengalaman
Warna warna pahit manis
Dibuat merujuk kisah diri
Garis waktu suka duka

Sedang saat kita berada
Dalam kepelbagaian nostalgia itu
Kehadiran lagu datang mengalun
Dalam perjalanan itu
Merangkak lagu bersama kita
Mengejek memainkan peranan
Setuju?
Bertambah suka kecewa
Makin bahagia duka
Tiada titik kepastian

Sejenak muncul masalah kita
Harmoni memori kita
Cerita ada didalam lagu
Diiringi lagu menemani kita