Wednesday


PAVLOVA.


Bahan-bahan :
  • 4 biji telur
  • Secawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  1. Panaskan oven dengan suhu 120'C (api bawah sahaja)
  2. Asingkan telur putih dan kuning. Putih telur sahaja diperlukan
  3. Putarkan putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga gebu (soft peak)
  4. Telangkupkan putih telur tadi jika tidak jatuh maka putih telur itu sudah menjadi gebu
  5. Seterusnya, masukkan gula kastor ke dalam putih telur tadi dan putar lagi
  6. Putar sampai kental, dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung dan putar selama 3minit
  7. Kemudian, menggunakan spatula, masukkan cuka dan esen vanila ke dalam adunan tadi. Gaul sehingga sebati Itu dinamakan 'meringue'.
  8. Sediakan dulang pembakar, lapikkan dengan baking paper dan letakkan adunan tersebut mengikut bentuk dan cara anda tersendiri. Jangan terlalu nipis dan tebal
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1jam 15 minit dengan suhu 110'C
  10. Apabila sudah masak, jangan keluarkan pavlova itu lagi, biarkan sejuk dahulu di dalam oven. Renggangkan pintu oven sedikit.
  11. Ingin tahu bagaimana ia sudah masak? Kulit luarnya garing dan dalamnya lembut. Hati hati jangan kasar dengan pavlova kerana ia terlalu lembut
  12. Sementara tunggu pavlova sejuk, mari kita buat toppingnya terlebih dahulu.
  13. 250ml whipping cream. Tidak kisah brand apa pun asalkan non dairy (bukan tenusu).
  14. Beli di kedai kek sahaja. Semua brand whipping cream bagus.
  15. Putar whipping cream sehingga kental dalam amsa 15minit.
  16. Sementara tunggu putaran itu, kita potong buah buahan yang ingin dijadika akseseori pavlova itu nanti.
  17. Seperti strawberry, anggur, kiwi dan blueberry
  18. Sudah sejuk pavlova itu, maka sapukan whipping cream ke atas pavlova tersebut. dan ratakan rupa parasnya menjadi cantik. Hiaskan dengan buah buahan yang telah dipotong tadi.
  19. Sedia dihidangkan.
Inilah hasil pavlova kita.

Ini mini pavlova atau baby pavlova



SELAMAT MENCUBA :)