PENGHARGAAN.
Kata kata tidak boleh diungkap
Tanda diberi ditunjuk
Sekalung itu mereka hulurkan
Amat menghargai
Letusan hati juga yang merasai
Itu pampasan kini
Mutlak jua
Terima kasih tanda ucapan
Kerana sudi menghargai aku
Walaupun aku bukan guru yang digelar sebenar
Masih dalam sesi pembelajaran
Menuntut ilmu juga seperti kalian
Kanak kanak kini berbeda
Amat matang untuk berbicara
Untuk beramah mesra
Ibarat umur serupa
Aku mencurahkan ilmu
Sehabis sebaik sewajar mungkin
Tiada kecenderungan, belas kasihan
Sabar itu ihsan dipupuk mengajar aku
Bukan semata mata
Menilai markah bukan bersahaja
Memberi tunjuk ajar bukan kerana wang
Ongkos di caj merupakan biaya kesibukan aku
Harus bahagi waktu kerja aku
Secara bertindih
Itu sahaja tidak lebih tiada manfaat
INI PENGHARGAAN UNTUK SAYA.