REZEKI, SYUKUR.
Alhamdulillah
Pengakhiran sampai jua
Ada pembukaan maka ada penutupnya
Selesai sudah aku bertungkus lumus
Menyelesaikan misi mencari wang
Dalam kerja ala ala acah acah sahaja
Tetapi ku bahagia
Kerja yang boleh diberi kata 'seronok'
Bos yang diberi kata 'sporting'
Pelanggan memberi tindak balas yang diberi kata 'bagus'
Amat suka!
Yang memberi kerjasama,
Yang memberi tunjuk ajar,
Yang memberi tindak balas,
Yang memberi gelak ketawa,
Yang memberi rezeki,
Yang memberi kenalan baru,
Terima kasih kepada semua ku ucapkan.