KRITIKAL MENANDINGI, SENYAP SUDAH.
Sangkalan memang tidak boleh dibuat
Seperti tepung dan telur
Diayak digumpal dilenyek
Jauh sekali tidak
Maka begitu juga manusia
Lama membising berkecoh
Itu kau ini kau
Semua dia sana sini dia
Hai orang, ada je tak kena
Kini? Diam, baguslah kot
Kepala asal usul dari engkau weh
Sekarang berundur tidak langsung
Ya itu kenyataan, mengaku lah!
Ha nahhhhhh kronik nyata
Membisu tak berpaut
Tetiba menyepi sesama sendiri
Mungkin gara letih? Harap
Dunia itulah putaran kitarannya
Kadangkala kau diatas kini orang lain
Jangan terlalu membongkak
Tenung bawah tidak mahu
Enggan pandang ke bawah
Intai kiri kanan sikit pun haram
Perlahan lahan ada je mengikuti
Cuma tidak sedari
Habislah punah seranah
Cepat celik jangan duk pejam wahai dik
Mulai mengesot segan
Kata kasar sudah malu bro
Aiyo apa mau bikin sekalang?
Duduk rumah sunyi, tutup pintu erat
Cara kain depan mata saja meh?
Pantas selayaknya bagi kaum engkau