Thursday


BUTTER CAKE.

Bahan-bahan :

  • Farmcow/Buttercup 250gm
  • Gula 200gm
  • Telur 5biji
  • Ovalette 1sudu besar
  • Tepung Blue Key 250gm (Kotak Pink/Biru)
  • Esen vanilla 1sudu
  • Susu Tepung 15gm

Cara-cara :
  1. Panaskan oven dengan suhu 170'C selama 25 minit
  2. Kemudian putar mentega, gula hingga sebati dengan kelajuan biasa
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati
  4. Masukkan ovalette dan putar selama 2minit
  5. Seterusnya, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar selama 3minit
  6. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan susu tepung
  7. Putarkan selama 4minit sehinga sebati
  8. Akhir sekali, masukkan ke dalam loyang dan pastikan loyang itu telah di ratakan dengan minyak agar tidak melekat dan memudahkan proses mengeluarkan kek tersebut. 
  9. Bakar selama 60minit dengan suhu 170'C.
  10. Setelah selesai selama 60minit tersebut, biarkan kek itu berada dalam keadaan sejuk sedikit dan sedia untuk dihidang.

TEXTURE BUTTER CAKE YANG LEMBUT AKAN MENJADI SEPERTI DI ATAS. 



SELAMAT MENCUBA :)