Wednesday

GELARANNYA IALAH MAK.

Kini engkau jauh mak
Setiap inci aku terasa merinduimu
Jiwa perasaan hati tak boleh diungkapkan bagaimana ia

Dihantui bayang dan mimpi tentang mu
Malah apabila dekat
Juga aku merasa sempit untuk berjumpa
Sekadar panggilan yang aku mampu
Menanggung mu bukan masanya lagi

Wahai mak, jasa dan budi serta pengorbanan engkau
Belum aku tebus untuk diberikan kepada mu
(hati aku menangis)
Mahupun kasih sayang yang padu engkau lemparkan
Aku juga tidak bijak untuk berikan kepada mu secara tersurat
Tapi tersiratnya, alya harap mak tahu itu

Aku sedang mengejar matlamat aku kini
Kelak untuk aku menyaramu
Membalas semuanya kepadamu
Insyaallah suatu hari nanti
Aku sentiasa mendoakan untuk itu
Agar aku berjaya dengan semua matlamat hidup aku
Yang aku rancangkan semua
Tuhan menentukan
Mak pun tahu itu kan? Sebab kita sudah bincangkan dan inginkan
Sepertimana kita rancangkan

Jujurnya, detik aku menangis gara mu mak
Perih melolong sengit, rindu dan sayang aku membuncah
Ibarat merobek langit, meski jarak terpisah jauh
Hati aku selalu berasa dekat mak
Sabar dan terus bersabar
Menanti hari yang membawa kita akan kebersamaan
(menangis)

Mak, engkau pahlawan sejati aku
Yang selalu ada dalam naunganku
Kasih dan sayang alya tak akan dan tidak akan lekang
Dari benakku, percayalah.

Jagalah diri mak. Jagalah kesihatan mak. Hidup mak selalu aku berdoa kepada-Nya.

Satu kata, alya sayang mak. Selamanya, alya sayang mak.
(menangis)
Kerana mak ibu dan mahkota hati alya sehingga tutupnya mata alya untuk melihat dunia.