Monday

KEHIDUPAN SULUNG.

Di rumah
Itu adalah kehidupan pertama aku

Menarik kadangkala
Amat tidak menarik sentiasa
Huuuuuuh
Untuk bercerita semua kehidupan buruk
Ish sama sekali tidak -_______-
Ingin tahu? Sini lerrrr mai rapat dekat kalau berani
Hahaha CHA-CHA-CHA

Sedih duka kecil hati kecewa pilu
Sewaktunya dengannya
Menjadi sebahagian separuh dalam badan
Setiap anggota aku merasainya
Mungkin ada balasannya di sudut negatif
Mungkin ada hikmahnya dan sebabnya di sisi positif
Semuanya sudah ditentukan
Aku akan fikir secara profesional dan matang
Kerana aku manusia
Maka aku diberi cabaran, dugaan hidup
Sama seperti manusia yang lain di muka bumi ini
Tidak kira kita berlainan bangsa, negara, kaum, agama, negeri
Tuhan hanya satu.

Terasa hati menjadi utama
Pokok pangkalnya dalam kehidupan seharian aku
Selama hidup, mungkin itu makanan aku
Dimana sahaja bersama sesiapa sahaja
Keluarga menonjolkan ketaranya
Tidak mengapa, berfikir aku
Semuanya harus dipandang positif.