BERFIKIR JIKA TIADA?
Masih ada, masih bernyawa
Masih sihat, masih kuat
Jika tiada suatu hari?
Bagaimana?
Kengkala engkau mengasarinya
Kengkala engkau mengatanya
Kengkala engkau bengang dengannya
Semuanya ada secara tidak langsung
Tidak dapat sedar akan itu
Akibat perasaan menggelocak bergelombang
Emosi tidak terkawal menghantui
Begitu juga dengan aku
Tetapi aku sentiasa berfikir positif
Kerana? Takut akan kehilangannya
Ketika dia masih hidup, hargailah sebaik mungkin
Ya benar dia terlalu cerewet untuk dijaga
Sentiasa berfikiran pelbagai situ sana sini
Tahap yang tidak tahan rasanya
Anginnya bermacam macam boleh bertukar
Sakit mendatang
Demikian hingga ke tua dia masih berkhidmat untuk engkau
Tatkala aku hanya bersabar mampu
Tiada apa boleh dipertingkaikan
Mengikut kehendak boleh dilayan
Melayani dia sahaja yang diminta secara tersirat
Ketika dia masih ada dan wujud
Tidak kira bosan, mengeluh, lelah, penat
Balasan yang diperlukan hanya melayan dia
Tidak berat tidak susah permintaanya
Kita tahu itu
Amaran
Jangan sesekali engkau menyalahkan dia
Akan ketidakadilannya
Tetapi ada lebihnya engkau tidak engkau menyedari
Engkau tahu itu
Engkau mengata itu
Engkau memburukkan itu
Malah, engkau juga melakukan sama
'Kita tidak boleh ukur salah kita, orang disekeliling kita sentiasa mengukur salah kita'
Semuanya sudah menjadi adat dan turun temurun
Fakta, ya, tidak boleh disangkal lagi
Aku manusia akan menjadi perkara benda yang serupa
Mungkin itu akan berlaku kepada engkau suatu hari seperti dia
Datangnya daripada aku
Tiada orang lain harus serupa ibarat kembar peristiwa dan jalan ceritanya
Sinopsis engkau boleh menggambarkan ia sekarang
Kerana itu semua datang daripada engkau
Maaf, lepasan perasaan emosi yang melampau membuak buak.