Wednesday


ISU SEMASA.

Bulan Disember menjadi pesta air
Tahun 2013 menjadi tangga yang teguh
Alhamdulillah tiada yang terkorban
Ini ujian yang tegar
Iaitu banjir

Ya amat tepat apabila dibanjiri air yang melimpah
Tiada tenaga yang kuat untuk melawan
Mampu memasuki jerung itu
Lalu tunggu surut seketika
Dan pulang ke jalan kehidupan seperti biasa

Walaupun tempat bertuduh aku tidak tenggelami air
Tidak bergelumat dengan kotoran serta haiwan yang tidak jangka
Masih bersyukur

Aku tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kepada semua
Yang terdekat sahaja aku mampu meringankan beban
Meskipun aku tahu dengan keadaan yang digelar banjir
Akan merosakkan harta benda
Terpaksa mengeluarkan wang ringgit sedikit sebanyak
Kepelbagaian penyakit mendatang
Mengerahkan tenaga siang malam
Bertungkus lumus membersihkan mengemas segala hal dan benda
Semuanya ujian dan sudah tertulis ketentuan-Nya
Bagaimana lagi untuk dipersoalkan?
Kita sebagai hambanya menerima sahaja
Kerana kita semua di dunia ini
Seorang yang tabah dan kuat untuk diberi cubaan.

Alhamdulillah