KETENTUAN TAKDIR.
Sahabatku
Penuhkan diri engkau dengan kesabaran
Tabahkan diri sedalamnya
Semaikan bahawa ini sudah tertulis
Aku tahu engkau kuat
Jangan hampakan diri untuk keluarga yang tinggal
Teruskan perjuangan hidup yang sementara di dunia
Jujur, ini amat mengejutkan untuk kami semua
Begitu juga gelongsor, untuk engkau sekeluarga
Yang menghadapi, melalui, mengharungi, merasai
Positif berfikir itu baik
Tatkala yang pergi disayangi Nya
Liku kehidupannya menyeksa
Justeru ketentuan untuk takdirnya awal
Lanjut, dia akan bahagia di sana
Aku, rakan yang lain bersedia
Bersama engkau
Untuk engkau mencoret setiap isi duka pilu
Untuk engkau menyandarkan bahu beserta air mata
Itu wajib, tidak dapat dikawal
Amat mengerti, memahami
Semoga arwah ditempatkan dengan orang orang yang beriman
Insyaallah, amin
Al-fatihah