Monday


PERCUTIAN BINGIT TERASA.

Sering kala setiap tahun aku merasakan
Panah yang sakit itu
Tidak terkawal
Mampu menyimpan dan bersabar hakikatnya
Aku dah menjangkakan ia
Tetapi aku cuba tepis
Gagal sebenarnya
Hampa untuk diri aku sendiri

Ya aku tahu dia menginginkan
Dia lelah merancang
Dia letih mengumpul dan mencari
Tapi, dia tidak berjaya sebulatnya
Kerana, dia tidak pandai dan mahir untuk itu
Sebaliknya, dia gugur songsang
Kata kata menjunam diri
Akan itu, dia tidak sedar
Dua dua serupa
Tidak lebih mahupun kurang
Salah buta buta
Mati matian silap

Benar, setiap orang diturunkan sikap baik buruk
Sifat lebih kurang, tambah tolak
Tidak reti untuk berubah
Tiada manusia yang boleh mengubahnya
Melainkan diri kamu
Berpencak di gelanggang sendiri yang bisa